26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Hanya 2.5 peratus populasi di negara ini miliki darah negatif

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HANYA sekitar 2.5 peratus populasi di negara ini dikesan memiliki darah negatif dan diseru untuk menyumbang kepada tabung darah negara.

Melalui hantaran yang dikongsikan oleh Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit yang mempunyai darah negatif hanya boleh menerima darah negatif dari penderma darah.

“Munculkan diri anda adiwira darah A dan B negatif. Bantuan darah anda amat diperlukan sekarang,” kongsi hantaran berkenaan.

Dalam hantaran hari ini pula, Pusat Darah Negara menyatakan menjadi negatif (darah negatif) adalah suatu anugerah dan merupakan golongan terpencil.

“Anda memerlukan satu sama lain ketika transfusi darah. Sumbangkan darah anda ketika masih sihat dan berupaya, agar dapat membantu mereka yang memerlukan.

Advertisements

“Semoga kitaran bantu membantu (derma darah) diteruskan jika tiba masa anda memerlukan darah,” kongsinya.

Hantaran yang sama turut berkongsikan info iaitu populasi India mempunyai peratusan darah negatif yang lebih tinggi berbanding populasi Cina dan Melayu di Malaysia.

“Anda (India) mempunyai kebarangkalian memiliki darah negatif yang lebih tinggi berbanding populasi lain.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan