26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Pemandu jabatan kerajaan disyaki minta wang suapan direman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu kenderaan sebuah jabatan kerajaan direman lima hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan berjumlah lebih RM10,000.

Memetik laporan Harian Metro, permohonan reman lima hari sehingga 26 Oktober itu dibenarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 31 tahun itu ditahan sekitar 2 petang semalam di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek yang bertugas sebagai pemandu kenderaan di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur itu meminta dan menerima wang suapan berjumlah lebih RM10,000 daripada seorang pengarah urusan sebuah syarikat.

Difahamkan, ia sebagai balasan membantu mendapatkan kerja penyelenggaraan kenderaan jabatan kepada syarikat berkenaan.

Baca juga:   TFC beri amaran kepada peniaga barangan tiruan kelab

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

-EDISI9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan