33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

10,833 kes sembuh; atasi kes harian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Negara merekodkan sebanyak 10,833 kes sembuh sekaligus mengatasi kes baharu harian hari ini.

Hari ini sahaja, sebanyak 6,709 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 adalah sebanyak 2,346,303 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu yang dilaporkan berkenaan termasuk enam kes import dan 6,703 kes tempatan.

“Daripada kes tempatan, ia melibatkan seramai 6,454 warganegara atau (96.3 peratus) dan 249 bukan warganegara atau(3.7 peratus),”katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 6,709 kes harian yang dilaporkan, sebanyak
144 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

Advertisements

“Manakala, sebanyak 6,565 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Ujar beliau, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 762 kes (702 kes COVID-19; 60 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 398 kes (298 kes COVID-19; 100 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan),”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak sembilan kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif adalah sebanyak 794 kluster.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan