30.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 8, 2021

Penularan jangkitan COVID-19 semakin berkurangan

Situasi ini sedikit sebanyak menunjukkan kesediaan negara serta masyarakat memasuki fasa endemik.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Malaysia telah menunjukkan situasi penularan jangkitan COVID-19 yang semakin pulih dalam beberapa minggu kebelakangan ini khususnya daripada aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi, dan kapasiti hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, situasi ini sedikit sebanyak menunjukkan kesediaan negara serta masyarakat untuk memasuki fasa endemik.

Menurut beliau, secara keseluruhannya, KKM mendapati trend yang menurun sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34 bagi indikator utama seperti kes harian, kes aktif, kematian, kes ICU, dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Manakala, ME ke-40 iaitu daripada 3 Oktober 2021 sehingga 9 Oktober 2021.

“Terdapat sebanyak 63,722 kes COVID-19 yang telah dilaporkan berbanding 83,368 kes yang dilaporkan pada ME ke-39 (penurunan sebanyak 23.6 peratus).

“Penurunan ini juga telah berlaku secara konsisten sejak enam minggu kebelakangan (ME ke-34),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 133,806 kes aktif dilaporkan pada ME ke-40 (penurunan 21.0 peratus berbanding ME ke-39).

” 700 kes kematian dengan purata 100 kes kematian sehari pada ME ke-40 (penurunan 50.2 peratus berbanding ME ke-39); 778 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) (penurunan 9.0 peratus berbanding ME ke-39); 331 kes yang memerlukan bantuan pernafasan (penurunan sebanyak 11.2 peratus berbanding ME ke-39).

“Penurunan nilai R–Naught (Rt) sebanyak 0.2 peratus juga dilaporkan bagi setiap hari,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berkenaan dengan kluster pula, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat sebanyak 79 kluster yang dilaporkan dalam ME ke-40.

“Daripada jumlah ini terdapat penurunan sebanyak 21 kluster berbanding ME ke-39, 43 kluster (54.4 peratus) adalah merangkumi kluster tempat kerja, 25 kluster komuniti (31.7 peratus), enam (6) kluster kumpulan berisiko tinggi (7.6 peratus), dan lima (5) kluster keagamaan (6.3 peratus), “katanya.

Baca juga:   Situasi COVID-19 Malaysia masih belum stabil

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sehingga 10 Oktober lalu, sejumlah 24, 963, 595 individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19.

“Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, sebanyak 90.0 peratus daripada populasi dewasa telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap.

Baca juga:   2,364 kes baru Covid-19, 432 ditahan langgar SOP

“Manakala, sebanyak 65.2 peratus daripada keseluruhan penduduk telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap,” katanya.

Sementara itu, melihat kepada kapasiti hospital, katanya, terdapat sebanyak 16,199 buah katil wad biasa dan 1,514 katil wad ICU telah diperuntukkan oleh KKM bagi merawat pesakit COVID-19.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,164 buah katil yang digunakan sepanjang ME ke-40 berbanding minggu sebelumnya (penurunan sebanyak lima peratus).

“Sebanyak 16,912 katil digunakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Ini adalah penurunan sebanyak tiga peratus berbanding minggu sebelumnya manakala bagi katil ICU, penggunaan adalah sebanyak 831 katil (penurunan sebanyak 7 peratus berbanding ME ke-39).

“Di samping itu, sebanyak 1,267 buah alat bantuan pernafasan awam yang digunakan (penurunan sebanyak tiga (3) peratus daripada minggu sebelumnya),” katanya.

Kata beliau, selaras dengan perkembangan positif ini, masyarakat dinasihatkan agar tidak leka dan cepat berpuas hati dengan status semasa jangkitan COVID-19 di negara.

“Kita wajar mengambil pengajaran dari peristiwa kenaikan kes COVID-19 yang mendadak sebelum ini sehingga melumpuhkan pelbagai sektor ekonomi dan sosial,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, melalui inisiatif reopening safely, semua pihak perlu memainkan peranan yang penting bagi bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia.

“KKM ingin menasihatkan kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa mengamalkan pematuhan (SOP) dan meningkatkan penilaian kendiri TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) terutamanya apabila sempadan negeri dibuka semula pada hari ini, “katanya. – Edisi 9

Terkini

AARDO: Malaysia pandang serius capaian internet luar bandar

MALAYSIA mengambil serius terhadap kepentingan pembangunan infrastruktur termasuk capaian internet kepada masyarakat luar bandar dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19. Menurut...

Lagi Artikel Berkaitan