26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kes harian Covid-19 catat 7,373 kes, terendah sejak 7 Julai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes harian Covid-19 yang direkodkan hari ini menunjukkan penurunan menjadi 7,373 sekali gus mencatatkan kadar terendah sejak 7 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan kadar terbaru berkenaan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini menjadi 2,339,594 kes.

Bagaimanapun tiada pecahan mengikut negeri dikeluarkan setakat ini.

Terdahulu KKM melaporkan sejumlah 74 kematian Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif korban pandemik berkenaan menjadi 27,265 orang.

Rekod berkenaan juga merupakan jumlah kematian paling rendah dalam tempoh 97 hari dengan catatan paling rendah pada 2 Julai lalu sebanyak 73 kematian.

Advertisements

Dalam hantaran berlainan di Facebook rasminya tadi, Noor Hisham juga mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mengambil mudah terhadap ancaman wabak berkenaan walaupun jumlah jangkitan dan korban Covid-19 semakin turun.

“Walaupun kadar vaksinasi orang dewasa kita hampir 90 peratus, ini bukan alasan untuk kita mengambil mudah terhadap prosedur operasi standard Covid-19.

“Kita mesti terus mematuhi semua langkah berjaga-jaga termasuk ujian kendiri. Harap selalu waspada pada setiap masa,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan