25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tinggal 0.6 peratus untuk capai vaksinasi dewasa 90 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


CYBERJAYA – Vaksinasi dewasa tinggal 0.6 peratus sebelum mencapai 90 peratus kadar vaksinasi COVID-19 sepertimana disasarkan.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, semalam sahaja, sebanyak 20,927,867 atau 89.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima dos vaksinasi COVID-19.

Peningkatan sebanyak 0.3 peratus kadar vaksinasi lengkap bagi dewasa berbanding kelmarin, 89.1 peratus menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus kadar vaksinasi kini berbaki hanya 0.6 peratus.

Sehingga kini, sebanyak 94.7 peratus atau 22,166,911 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Advertisements

Selain itu, sejumlah 174,820 dos suntikan vaksin diberikan semalam, bagi golongan dewasa membabitkan 74,199 individu bagi suntikan dos pertama dan 100,621 individu bagi suntikan lengkap.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 45,379,299.

Pada 22 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus golongan dewasa telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan