25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

Sasaran kadar vaksinasi dewasa 90% selamat untuk rentas negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEREMBAN – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyifatkan sasaran kadar vaksinasi 90 peratus dalam kalangan rakyat dewasa di negara ini dirasakan selamat untuk kebenaran merentasi negeri dilaksanakan.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) melihat kadar itu memadai untuk membolehkan rentas negeri dibenarkan.

“Bagaimanapun, selagi rakyat mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan, kita mampu membendung penularan wabak pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Wad Kanak-Kanak, pelancaran Mesin MRI dan Pensijilan ISO 9001:2015 Pusat Perubatan Mawar (MMC) di sini, hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhannya populasi vaksinasi lengkap rakyat adalah 65 peratus, namun sebahagian besar remaja pun sudah lengkap dua dos vaksin dan ini akan dapat meningkatkan lagi populasi kepada 70 peratus.

“Jika kita tidak bagi rentas negeri, ini akan menimbulkan pelbagai masalah dari segi tekanan mental dan emosi kerana ada kalangan kita yang sudah setahun tak dapat jumpa ibu bapa serta ahli keluarga.

Baca juga:   Kontak rapat penerima dos penggalak tidak perlu kuarantin

“Sebab itu, kita letakkan paras 90 peratus kerana ini adalah paras yang selesa untuk benarkan rentas negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kerajaan tidak mungkin boleh menunggu terlalu lama iaitu sehingga 90 peratus populasi keseluruhan vaksinasi kerana 20 peratus daripada populasi itu membabitkan remaja bawah 12 tahun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau, berkata jika tindakan seperti itu dilakukan, ia mungkin akan membawa sehingga ke pertengahan tahun depan, baharu boleh dibenarkan rentas negeri.-Edisi 9

Baca juga:   Kebenaran syarat lengkap vaksinasi kekal semua fasa PPN

Wartawan

Terkini

Tun Daim bersimpati dengan nasib bekas pekerja Utusan

TOKOH konglomerat terkenal, Tun Daim Zainuddin melahirkan simpati kepada nasib bekas pekerja Utusan Melayu (Utusan) yang masih menunggu pampasan...

Lagi Artikel Berkaitan