CYBERJAYA – Kes sembuh negara mencatatkan pertambahan dengan sejumlah 12,724 kes sembuh dilaporkan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW.
Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kes sembuh dicatatkan sebanyak 2,170,288.
Sementara, sebanyak 78 kes dilaporkan termasuk dua daripadanya dalam tempoh 24 jam
Jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 27,191 kes manakala, sebanyak 23 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Angka BID tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,473 kes.
Kesemua kes kematian dilaporkan di Johor (13), Sabah (12), Selangor (12), Pulau Pinang (10), Kelantan (8), Sarawak (8), Kedah (4), Perak (4), Perlis (2), Kuala Lumpur (2), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Pahang (1) serta tiada kes di Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Sementara itu, pesakit yang dirawat dan diasingkan juga terus menurun di bawah angka 130,000 dengan 125,998 kes melibatkan 100,844 kes dikuarantin di rumah dan 16,481 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC).
Terdapat 7,881 kes di hospital, 407 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 385 di ICU dengan bantuan pernafasan. – EDISI 9

