31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tiga kanak-kanak hilang ditemukan lemas

Mesti Baca

SETIU – Tiga kanak-kanak yang dilaporkan hilang di muara sungai Kampung Mangkuk di sini ditemukan lemas pagi ini.

Mayat dua beradik, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan Muhammad Aryan Faheem, 7, ditemukan penduduk kampung yang melakukan pencarian, jam 2.30 pagi.

Mayat sepupunya, Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11, ditemukan di permukaan air kira-kira jam 8.15 pagi.

Sepupu mangsa, Nur Ilyasa Sofiea Mohd Hasry, 19, berkata, mayat ketiga-tiga sepupunya ditemui penduduk dan anggota penyelamat tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Amni ditemui kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian, manakala adiknya, Aryan dikatakan ditemui pada jarak 1.5 kilometer.

“Nurulhasha ditemui terapung kira-kira enam meter daripada lokasi kejadian,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Dia yang mewakili ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam operasi mencari tiga sepupunya itu.

Semalam, mangsa dilaporkan lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain air sambil mencari kepah di beting pasir berhampiran muara sungai kira-kira 50 meter dari tebing, jam 5.30 petang.

Mangsa bersama ahli keluarganya dikatakan ke lokasi berkenaan untuk berkelah sambil memancing di kawasan berkenaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan