36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jepun ucap tahniah kejayaan program vaksinasi Malaysia

Penghargaan itu disampaikan Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka ketika mengunjungi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Duta Jepun ke negara ini, Hiroshi Oka mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan proses vaksinasi yang telah dimulakan sejak awal wabak melanda.

Penghargaan Oka itu disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau mengunjungi bekas Perdana Menteri itu di sini.

Ini merupakan kunjungan kedua Oka ke atas Muhyiddin tahun ini setelah kali pertama sewaktu Ahli Parlimen Pagoh itu menjawat jawatan Perdana Menteri pada April lalu.

Muhyiddin menghargai hubungan kedua-dua hala dan kerjasama erat Malaysia-Jepun terutamanya dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini.

“Hasil proses vaksinasi yang pantas dan teliti kini dapat dilihat melalui pengurangan kes-kes Covid-19 pada waktu ini.

“Kedua-dua berharap agar kes-kes Covid-19 di Malaysia dan Jepun terus berkurangan dan interaksi rakyat di antara kedua-dua negara dapat disegerakan,” kata kenyataan Muhyiddin menerusi Facebooknya.

Muhyiddin turut menyampaikan ucapan terima kasih rakyat Malaysia kepada kerajaan Jepun yang telah menyumbang sebanyak 1 juta dos vaksin Astra Zeneca dan peralatan perubatan kepada Malaysia pada Julai lalu.

Pada masa yang sama, pertemuan Muhyiddin dan Oka juga menyentuh mengenai pemulihan ekonomi negara.

Sebagai Pengerusi MPN, Muhyiddin turut mengambil maklum isu-isu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat dari Jepun yang mempunyai operasi di Malaysia, terutamanya dalam isu kekurangan tenaga mahir.

“Isu-isu yang dibincangkan akan dibawa kepada perhatian MPN dalam waktu terdekat. Prospek pelaburan di antara kedua-dua turut disentuh dalam perbincangan tersebut,” kata kenyataan itu.

Muhyiddin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Jepun di atas kejayaan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19 yang mencabar. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan