33.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

14,454 kes sembuh COVID-19; 118 kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 14,454 kes sembuh COVID -19 dilaporkan berdasarkan data laman web COVIDNOW setakat semalam.

Secara keseluruhannya jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 2,100,565.

Sementara itu, 118 kes kematian COVID -19 dengan 14 daripadanya direkodkan bagi tempoh 24 jam semalam.

Advertisements

Daripada jumlah tersebut sebanyak 27 kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan kes BID sebanyak 5,367 kes.

Dalam pada itu, jumlah pesakit yang sedang dirawat dan diasingkan juga berkurangan kepada 150,317 kes berbanding kelmarin.

Ia melibatkan 123,413 kes (82.1 peratus) dikuarantin di rumah, 17,137 kes (11.4 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,907 kes (5.9 peratus) di hospital, 382 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 478 kes (0.3 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan