32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

UMNO perlukan keputusan konsensus tentukan kerjasama dalam PRU-15

Mesti Baca

ALOR SETAR – Sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan RayaUmum Ke-15 (PRU-15) nanti, perlu diputuskan secara konsensus oleh pucuk pimpinan UMNO.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, perbincangan perlu dibuat untuk menentukan hala tuju baharu parti kerana UMNO sebelum itu telah membuat ketetapan dalam Perhimpunan Agung 2020 yang lalu.

“Semua perkara ini perlu dibawa kepada parti untuk dibincangkan. Biar ada keputusan di peringkat parti sebab kita akan hadapi pilihan raya. Biarlah ada keputusan secara konsensus dalam UMNO sendiri.

“Sebab UMNO pun ada pendirian sendiri dan kalau kita lawan bercakap takut nanti makin tegang,” katanya kepada media selepas merasmikan pusat servis automotif Perniagaan Mazlan dan Hashimah (PMH) Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Advertisements

Beliau mengulas kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pendirian UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 disifatkan sebagai sebuah realiti politik yang harus dihadapi.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dilaporkan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai perkara itu dan Bersatu sedia berhadapan dengan UMNO pada PRU-15.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, setakat ini belum ada pertemuan atau perbincangan dalam kepimpinan tertinggi UMNO mahupun dengan Bersatu diadakan mengenai perkara itu.

“Semua pihak lebih baik berdiam diri dahulu kerana perjalanan PRU-15 masih jauh,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan