36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Khairy saran pastikan anak kembali ke sekolah dengan vaksin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Golongan ibu bapa disarankan untuk bersama-sama memastikan anak memulakan sesi persekolahan dengan selamat sekurang-kurangnya telah mengambil satu dos vaksin bagi hari pertama persekolahan secara bersemuka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dengan pembukaan hari pertama persekolahan ini berdasarkan ‘Reopening Safely’, 90 peratus murid berusia 17 tahun dan 88 peratus murid berusia 18 tahun di Kementerian Pendidikan perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Let’s get our children back to school safely,” kongsinya ringkas dalam satu ciapannya di Twitter tadi.

2 Oktober lalu media melaporkan sebanyak lima negeri mencatatkan jumlah tertinggi penerima divaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja berumur 12 hingga
17 tahun dengan Labuan menduduki kedudukan teratas iaitu 77.6 peratus.

Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (PICK-A), Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, sehingga Khamis lalu, seramai 1,498,274 (47.6 peratus) remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin jenis Comirnaty dan 52,774 (1.7 peratus) telah menerima dos lengkap.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, selain Labuan, turut merekodkan pencapaian tertinggi ialah Kedah (67.1 peratus), Sarawak (62.7 peratus) Perlis (61.8 peratus), dan Melaka (59.4 peratus).

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan