25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Buaya sesat di Kolej Vokasional Likas berjaya ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seekor buaya sepanjang dua meter berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang selama dua hari di dalam parit dekat Kolej Vokasional Likas, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Buaya itu dipercayai sesat dari habitat asal berikutan banjir.

Jurucakap Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) berkata, pihaknya menerima laporan kemunculan reptilia itu oleh pihak pengurusan kolej berkenaan pada 25 September lalu.

Namun katanya, selepas dua hari pemantauan dilakukan, WRU terpaksa memasang perangkap besi dengan dilengkapi umpan bagi menangkap haiwan berkenaan.

“Hari ini, Kolej Vokasional Likas memaklumkan buaya berkenaan sudah memasuki perangkap yang disiapkan.

“Sepasukan renjer WRU kemudiannya dikerah ke lokasi untuk menjalankan operasi membawa haiwan berkenaan ke lokasi sesuai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurutnya, pasukan renjer WRU terpaksa dibantu beberapa kakitangan kolej untuk mengangkat perangkap dari air dan membawanya ke tempat yang lebih selamat sebelum pemeriksaan dapat dilakukan.

“Buaya berkenaan kemudian dibawa ke Pusat Penyelamat Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, WRU turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Kolej Vokasional Likas atas kerjasama kerana menghubungi pihak berkuasa hidupan liar sebaik menyedari kehadiran reptilia berkenaan.

Katanya, buaya itu boleh menyebabkan kemudaratan atau kejadian tidak diingini sekiranya jatuh ke tangan yang salah atau tidak bertanggungjawab.

“Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Majlis Minyak Sawit Malaysia, Yayasan Pemuliharaan Hijau Kelapa Sawit Malaysia, Rayuan OrangUtan UK dan Zoo Oregon kerana membiayai semua operasi hidupan liar yang dijalankan WRU,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan