30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Temu janji secara dalam talian untuk daftar bayi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBERANG PERAI – Ibu bapa perlu membuat temujanji secara dalam talian terlebih dahulu bagi pendaftaran kelahiran di bawah norma baharu.

Namun begitu, disebabkan jumlah urusan setiap hari dihadkan, keadaan itu menyebabkan orang ramai yang mempunyai anggota keluarga baharu perlu “berbaris panjang” untuk menunggu giliran.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan, terdapat ibu bapa di Pulau Pinang yang perlu menunggu sehingga sebulan atau dua bulan, malahan ada yang perlu menunggu hingga Februari tahun depan.

Menurut akhbar itu, terdapat sepasang suami isteri yang cuba “berikhtiar” dengan membuat temujanji seminggu sebelum kelahiran anak pertama mereka, tetapi permohonan itu ditolak memandangkan anak belum dilahirkan.

Advertisements

Selepas kelahiran anak baru-baru ini, pasangan itu diberi tarikh 25 November, tetapi kemudian dimaklumkan bahawa tarikh temujanji diawalkan kepada 5 Oktober.

Jurucakap Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang memberitahu, pihaknya berusaha mengaturkan temujanji seawal mungkin termasuk menyusun semula slot yang tidak diisi kerana “mungkir janji” .

“Kami ada pegawai yang memantau keadaan pendaftaran dan akan menghubungi individu berkenaan sekiranya ada slot yang terluang,” katanya.

Bagaimanapun, jabatan tersebut giat menyusun semula slot temujanji supaya orang ramai dapat melakukan pendaftaran kelahiran secepat mungkin.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan