25.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Sekolah dibuka ikut tempoh dua minggu selepas negeri beralih fasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan ketetapan pengoperasian institusi pendidikan akan mengikut fasa baharu Pelan Pemulihan Negara (PPN), selepas dua minggu  daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut di mana-mana negeri.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, ketetapan itu sebagaimana diputuskan pihaknya sebelum ini sekali gus peralihan fasa baharu bagi negeri  Johor, Pahang dan Negeri Sembilan berkuat kuasa hari ini mengambil kira ketetapan itu bagi pembukaan sekolah.

Sehubungan itu, pembukaan institusi pendidikan di bawah KPM bagi Johor akan bermula pada 10 Oktober ini berdasarkan  ketetapan pengoperasian institusi pendidikan bagi negeri Fasa 2 PPN.

“Pembukaan institusi pendidikan bawah KPM bagi negeri Pahang pula  kekal pada 4 Oktober berdasarkan ketetapan pengoperasian  institusi pendidikan bagi negeri Fasa 2.

“Memandangkan negeri  itu ke Fasa 3 hari ini, maka  pengoperasian institusi pendidikan di negeri itu berdasarkan ketetapan negeri Fasa 3 PPN bermula pada 11 Oktober,” katanya.

Menurut KPM, bagi Negeri Sembilan, pembukaan institusi pendidikan bawah KPM  kekal pada 4 Oktober berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi negeri Fasa 3 PPN.

Katanya, memandangkan negeri itu beralih ke Fasa 4 pada hari ini, maka  pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan  Fasa 4 PPN hanya akan bermula pada 18 Oktober.

Advertisements

Dalam pada itu, KPM berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberi kelulusan untuk murid kelas  Tingkatan 6 Semester 2 dan kelas peperiksaan antarabangsa  (IGCSE O-Level) di negeri Fasa 1 hadir ke institusi pendidikan tanpa  penggiliran.

Oleh itu, katanya, pengoperasian institusi pendidikan di negeri  Kedah akan bermula pada 10 Oktober ini untuk kumpulan murid  tersebut, manakala murid lain kekal mengikuti pengajaran dan pembelajaran di  rumah (PdPR).

“Susulan pengumuman Pulau Langkawi sebagai kawasan gelembung  pelancongan pada 16 September lalu, pengoperasian institusi  pendidikan bermula pada 3 Oktober ini adalah berdasarkan  ketetapan negeri Fasa 4 PPN.

“Bagi institusi pendidikan bawah KPM di negeri lain yang tidak terlibat  dengan peralihan fasa pada hari ini, pengoperasian  institusi pendidikan adalah berdasarkan ketetapan fasa sedia ada  seperti mana yang diumumkan KPM pada 12 September lalu,” katanya.

KPM menjelaskan, institusi pendidikan bawah KPM ini merujuk  kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut  pendidikan guru.

Katanya, ia juga terpakai kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua  institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi  pendidikan bawah kerajaan negeri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan