25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pesakit COVID-19 aktif perlu alat bantuan pernafasan kekal 615 orang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan yang aktif kekal seramai 615 orang, bagi dua hari berturut-turut berdasarkan data laman web COVIDNOW yang dikeluarkan setakat semalam.

Ia membabitkan dengan kadar penggunaan keseluruhan sebanyak 49.9 peratus.

Bagaimanapun, pesakit COVID-19 aktif diwadkan dan mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) masing-masing menunjukkan peningkatan sedikit berbanding hari sebelumnya.

Sejumlah 10,396 bagi pesakit aktif diwadkan dengan kadar penggunaan (keseluruhan) sebanyak 72.6 peratus atau (61.9 peratus pesakit COVID-19).

Sementara, pesakit COVID-19 yang aktif menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berjumlah 1,117 orang dengan kadar penggunaan 74.1 peratus atau (75.9 peratus keseluruhan).

Advertisements

Semalam sahaja, sebanyak 116 kes kematian dilaporkan, menurun berbanding hari sebelumnya (487 kes) dengan kematian sebenar dalam tempoh purata tujuh hari sebanyak 92 kes.

Secara keseluruhan jumlah kes kematian COVID-19 dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 24,681 kes.

Sebanyak 29 kes pula meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah kematian BID sebanyak 4,838 kes.

Terdapat 198,284 kes aktif melibatkan 162,421 kes (83.4 peratus) dikuarantin di rumah ; 21,350 kes (10.8 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC) ;10,396 kes (5.2 peratus) di hospital ; 502 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 615 kes (0.3 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan sebanyak 13,754 kes positif COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes di seluruh negara mencecah 2,156,678 kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan