24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Selangor kekal rekod angka kematian tertinggi, 178 kes

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Selangor kekal merekodkan angka kematian tertinggi dengan 178 kes daripada 487 kes kematian COVID-19 semalam, menurut laman web COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut data pada laman web tersebut, jumlah 487 kes kematian telah dilaporkan dengan 106 kes bagi purata tempoh tujuh hari.

“Selain Selangor, negeri-negeri lain ialah Sabah (87), Johor (63), Terengganu (44), Pulau Pinang (36), Kelantan (26), Perak (18), Kedah (14),Melaka (5), Pahang (5), Negeri Sembilan (5), Perlis (2) dan Sarawak (1) manakala, tiada kematian direkodkan di Labuan dan Putrajaya.

Advertisements

“Angka terbaharu ini menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 terkini sebanyak 24,565 kes,” menurut maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 161 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan, menjadikan jumlah kes BID sebanyak 4,809 kes.

Sementara itu, sebanyak 201,274 kes aktif melibatkan 168,258 kes dikuarantin di rumah, 21,581 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), 10,321 kes di hospital, 499 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 615 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan