25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Spritzer, NGO bantu golongan terjejas akibat COVID-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Spritzer Malaysia, pengeluar air mineral semula jadi terus membuktikan komitmen dan kesungguhan untuk terus menyumbang kepada golongan yang bernasib baik ketika pandemik COVID – 19 ini.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, syarikat berkenaan telah menyumbang bantuan bernilai lebih dari RM60,000 yang diagihkan menerusi badan bukan kerajaan (NGO), bank makanan dan restoran.

Menurutnya, sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-32, Spritzer akan terus mengukuhkan komitmen untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

“Spritzer komited terhadap kesejahteraan masyarakat serta telah menyumbang bantuan kepada anggota masyarakat yang kurang bernasib baik dan terjejas ketika waktu mencabar ini akibat pandemik COVID-19.

“Sumbangan ini cukup bermakna kepada Spritzer bersempena sambutan ulang tahun penubuhan ke-32 hari ini, bahawa kaedah terbaik untuk meraikan satu lagi pencapaian di dalam perjalanan korporatnya ialah dengan meneruskan komitmen untuk menyokong pelbagai lapisan masyarakat rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Spritzer berkata, bantuan berkenaan khusus buat mereka yang telah terpinggir di dalam masyarakat dan kekurangan barangan keperluan seperti makanan, tempat berlindung atau air minuman yang selamat.

“Spritzer Malaysia mengakui pandemik ini begitu berat kesannya terhadap golongan berpendapatan Bawah40, masyarakat Orang Asli, gelandangan dan penduduk luar bandar,” katanya.

“Syarikat ini telah meningkatkan program jangkauan masyarakatnya pada April lalu menerusi kerjasama dengan NGOs dengan membekalkan mereka bantuan dalam bentuk air minuman bersih ketika gelombang ketiga pandemik COVID-19 melanda.

Menurutnya, selain aktiviti sumbangan derma, syarikat akan berterusan menyokong inisiatif dan program jangkauan masyarakat yang menyasar kepada kumpulan terpinggir atau terjejas teruk.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan