28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Rusuhan tiga tahun lalu, perbicaraan kes Adib berakhir esok

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes perbicaraan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim akan berakhir esok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata, perbicaraan berkenaan melibatkan 18 individu yang terlibat dalam rusuhan tiga tahun lalu.

Menurutnya, seramai 18 tertuduh telah dituduh di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan perbicaraan masih berjalan sehingga 23 September (esok hari).

“Dua tertuduh telah dituduh di bawah Seksyen 427 iaitu khianat dan dikenakan denda RM7,000 setiap seorang.

“Polis Diraja Malaysia juga telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara berkenaan 12 suspek yang turut ditahan berkaitan kes ini untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN), sebulan selepas mengalami kecederaan ketika berada di lokasi kejadian susulan rusuhan di luar Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya, pada 27 November 2018.

Baca juga:   Ada industri tak terjejas, kaut untung besar semasa pandemik

Terdahulu, 20 September lalu, Dewan Rakyat menolak usul untuk membahaskan isu kematian Adib yang dikemukakan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer kepada Speaker Dewan Rakyat, pagi tadi.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, ketika menjelaskan alasan penolakan itu meminta Rayer mengemukakan persoalan dalam usul berkenaan ketika sesi jawab lisan.

Rayer yang juga seorang peguam kemudian memberitahu menerima keputusan Speaker sambil meminta Azhar memaklumkan perkembangan isu kematian berkenaan kepada Menteri Dalam Negeri untuk dijawab.

Baca juga:   Pemandu samseng di MRR-2 rupanya ada rekod curi kenderaan

Ogos tahun lalu, Hamzah ketika menjawab di Parlimen memaklumkan, kertas siasatan kes kematian Adib dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai 2020, dengan disusuli beberapa cadangan.

Rujukan semula kes itu antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Adib pada 17 Disember 2018 itu, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, cadangan lain yang turut dikemukakan ialah membuka semula inkues untuk siasatan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara.

-EDISI9

Terkini

Projek pembangunan hampir RM900 juta di Sarawak – KPLB

HAMPIR RM900 juta dibelanjakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi Wilayah Sarawak untuk tujuan pembangunan infrastruktur asas, ekonomi dan modal...

Lagi Artikel Berkaitan