32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Negeri Sembilan sertai Labuan beralih ke Fasa Empat PPN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kurang sebulan Labuan muncul satu-satunya lokaliti di negara ini yang beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kini Negeri Sembilan juga beralih ke fasa yang sama berkuat kuasa Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain Negeri Sembilan berubah fasa, negeri Pahang juga beralih fasa iaitu dari Fasa Dua ke Fasa Tiga sementara Johor ke Fasa Dua.

Menurutnya, peralihan fasa berkenaan adalah dengan mengambil kira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) serta peratusan penduduk yang lengkap divaksinasi.

“Keputusan berkenaan juga dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, operasi perniagaan spa, pusat kesihatan dan urut kesihatan juga dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober ini.

“Premis atau produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN berkuatkuasa 1 Oktober ini dengan syarat semua pengusaha dan pelawat lengkap divaksin,” katanya.

Advertisements

Selain itu, kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.

Malah menurutnya, warga asing yang tiba di pintu masuk antarabangsa perlu menanggung kos ujian RT-PCR di pintu masuk negara, manakala bagi warganegara adalah percuma.

“Kerajaan menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

“Patuhilah setiap SOP yang ditetapkan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri,” tegasnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan