29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Rentas negeri dibenar jika vaksinasi capai 90% populasi dewasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kebenaran rentas negeri dan pembukaan semula pusat pelancongan akan dibenarkan apabila kadar vaksinasi negara sudah mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu hasil persetujuan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini melihat kepada peratusan vaksinasi populasi dewasa tersebut.

“Saya percaya, ramai yang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa dengan keluarga setelah sekian lama. Insya-Allah, sasaran 90 peratus ini dijangka dapat dicapai dalam masa dua hingga tiga minggu sahaja lagi,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau di sini.

Beliau berkata, menerusi mesyuarat terbabit itu juga, tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Negeri Sembilan telah diberi kebenaran untuk beralih ke fasa seterusnya.

“Selain itu, bermula esok, operasi premis perniagaan seperti kedai runcit, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dipanjangkan bermula dr jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

“Kelonggaran yang kita kecapi hari ini adalah hasil pengorbanan kita bersama. Saya yakin, dengan adanya kelonggaran-kelonggaran ini, kita dapat mengembalikan kecemerlangan ekonomi negara tidak lama lagi.

“Namun, dalam usaha ini, kita juga hendaklah sentiasa peka dan saling menjaga keselamatan diri dan Keluarga Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan