29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kaedah fleksibel waktu bekerja dicadangkan kepada wanita

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan agar kaum wanita diberi peluang bekerja mengikut kaedah waktu fleksibel di samping menguruskan rumah tangga terutama mereka yang menjadi ketua isi rumah.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, beliau yakin kaedah ini dapat meningkatkan penglibatan wanita dalam pasaran buruh.

“Saya juga menekankan peluang-peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar KPWKM yang produktif untuk bekerja, agar dapat ditawarkan job-matching yang bersesuaian dengan keupayaan mereka.

“Dengan tawaran pekerjaan yang bersesuaian, ia dapat meningkatkan pendapatan keluarga dan isi rumah, seterusnya menjadi satu solusi iaitu Exit Policy mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau menyertai Mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam memperhalusi pembentangan dari LAKSANA berkenaan Pelan Strategik Cipta Kerja Kebangsaan secara maya.

Dalam pada itu, Rina juga membangkitkan agar cadangan supaya pencari-pencari pekerjaan dapat diberikan job placement terlebih dahulu dan kemudian diberikan latihan dan kursus yang bersesuaian dengan penempatan kerjaya yang ditawarkan.

“Saya berpandangan dengan pendekatan sedemikian lebih dinamik serta dapat mengurangkan jurang pencari pekerjaan yang dilaporkan tidak mendapat penempatan pekerjaan meskipun telah diberikan latihan dan kursus,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan menerusi NEC komited dalam merencanakan koordinasi dan kolaborasi erat merentasi penglibatan sektor awam dan sektor swasta yang memfokuskan peluang pekerjaan, keterangkuman dan masa depan peluang pekerjaan buat Keluarga Malaysia.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan