31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

7 negeri akan diberi perhatian kadar liputan vaksinasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tujuh negeri akan diberi perhatian khusus kerajaan bagi meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 selepas Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) mendapati negeri tersebut mempunyai kadar vaksinasi kurang daripada 55 peratus.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, tujuh negeri berkenaan adalah Sabah, Kelantan, Kedah, Johor, Perak, Terengganu dan Pahang.

Beliau berkata, CITF juga akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan vaksin dapat disuntik kepwda penduduk yang jauh di pedalaman.

“Untuk makluman, 17 organisasi telah diberikan kebenaran bagi melaksanakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak di bawah Program Imunisasi COVID-19 (PICK).

“Justeru, CITF menyeru agar negeri-negeri terus berhubung dengan organisasi ini yang berpengalaman menjalankan program PPV bergerak,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, inisiatif vaksinasi secara pandu lalu dan jumpa terus (walk-in) juga akan terus diperhebatkan dan diperluaskan lagi di negeri-negeri berkenaan.

Adham berkata, negeri-negeri ini juga disaran untuk membuka lebih banyak PPV pandu lalu sekiranya masih terdapat keperluan untuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksin.

Advertisements

Menurutnya, inisiatif suntikan vaksin COVID-19 secara walk-in di 11 buah negeri bermula hari ini.

“Inisiatif terbaharu itu dilaksanakan di Sabah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Johor, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka.

“Maklumat lanjut mengenai inisiatif walk-in di negeri-negeri berkenaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Orang ramai boleh membuat semakan di Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Adham berkata, beliau turut menyarankan agar sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah vaksin yang diagihkan ke negeri-negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri diperuntukan kepada Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN).

“Ini selari dengan perbincangan di sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini untuk memperhebatkan lagi usaha pemvaksinan pekerja warga negara atau bukan warga negara,”katanya- Edisi 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan