24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Isu lambakan mayat warga asing sedang ditangani

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, isu lambakan mayat warga asing mangsa COVID-19 yang tidak dituntut waris keluarga, akan cuba diselesaikan secepat mungkin.

Beliau berkata, pihaknya juga akan bekerjasama rapat dengan pihak kedutaan asing dan Wisma Putra berhubung masalah itu.

“Urusan menghubungi waris mereka melalui kedutaan asing juga sedang diusahakan supaya proses penghantaran pulang mayat atau pengkebumian dapat dilakukan di sini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan media tempatan tentang masalah lambakan mayat warga asing di hospital-hospital kerajaan.

Advertisements

Hospital Serdang sahaja terdapat kira-kira 20 mayat war­ga asing ditempatkan dalam bilik mayat kerana urusan mendapatkan kebenaran daripada pihak kedutaan masih tergendala dan masalah yang sama dipercayai turut berlaku di beberapa hospital lain di Lembah Klang.

Katanya, lambakan mayat warga asing yang tidak dapat diuruskan itu berpunca daripada sikap kedutaan warga ­asing terbabit mengambil mudah urusan pengesahan, dokumentasi dan pengurusan mayat terutama melibatkan rakyat Bangladesh dan Indonesia.

Keadaan itu diburukkan de­ngan kematian yang ramai dalam kalangan warga asing dengan terbaharu sebanyak 53 kematian yang disahkan akibat COVID-19 setakat 1 September lalu dengan 34 orang mati di rumah manakala selebihnya meninggal dunia di hospital.

Terbaharu, statistik Kementerian Kesihatan mencatatkan daripada 16,942 kes kematian akibat COVID-19 sehingga kelmarin, kira-kira 2,000 membabitkan warga asing.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan