27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

7 negeri akan diberi perhatian kadar liputan vaksinasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tujuh negeri akan diberi perhatian khusus kerajaan bagi meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 selepas Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) mendapati negeri tersebut mempunyai kadar vaksinasi kurang daripada 55 peratus.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, tujuh negeri berkenaan adalah Sabah, Kelantan, Kedah, Johor, Perak, Terengganu dan Pahang.

Beliau berkata, CITF juga akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan vaksin dapat disuntik kepwda penduduk yang jauh di pedalaman.

“Untuk makluman, 17 organisasi telah diberikan kebenaran bagi melaksanakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak di bawah Program Imunisasi COVID-19 (PICK).

“Justeru, CITF menyeru agar negeri-negeri terus berhubung dengan organisasi ini yang berpengalaman menjalankan program PPV bergerak,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, inisiatif vaksinasi secara pandu lalu dan jumpa terus (walk-in) juga akan terus diperhebatkan dan diperluaskan lagi di negeri-negeri berkenaan.

Adham berkata, negeri-negeri ini juga disaran untuk membuka lebih banyak PPV pandu lalu sekiranya masih terdapat keperluan untuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksin.

Menurutnya, inisiatif suntikan vaksin COVID-19 secara walk-in di 11 buah negeri bermula hari ini.

“Inisiatif terbaharu itu dilaksanakan di Sabah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Johor, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka.

“Maklumat lanjut mengenai inisiatif walk-in di negeri-negeri berkenaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Baca juga:   Pemberian vaksin cecah 5.8 juta, 1.62 juta lengkap dua dos
Baca juga:   2,140 guru enggan vaksin akan diambil tindakan wajar

“Orang ramai boleh membuat semakan di Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Adham berkata, beliau turut menyarankan agar sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah vaksin yang diagihkan ke negeri-negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri diperuntukan kepada Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN).

“Ini selari dengan perbincangan di sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini untuk memperhebatkan lagi usaha pemvaksinan pekerja warga negara atau bukan warga negara,”katanya- Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Individu dakwa adik dibuli belum tampil – Hishammuddin

INDIVIDU yang mendakwa adiknya dibuli di sebuah kem tentera belum tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan berhubung perkara itu. Memetik...

Lagi Artikel Berkaitan