24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bersatu Perlis jamin wanita curi tabung masjid yang ada RM40

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang tukang cuci sambilan yang didakwa di Mahkamah Majistret Kangar semalam atas tuduhan mencuri wang RM40 dalam tabung di Masjid Sirajuddin, Padang Pauh di Padang Besar pada 28 Ogos lalu, dibebaskan selepas ada pihak yang membayar ikat jamin hari ini.

Nor Amira Roslan, 28, dibebaskan selepas wang jaminan RM2,000 ditetapkan mahkamah dilunaskan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu negeri, Abu Bakar Hamzah di Mahkamah Kangar, hari ini.

Dia bagaimanapun perlu hadir ke mahkamah sama untuksebutan semula kes berkenaan yang ditetapkan pada 4 Oktober ini.

Memetik laporan BH Online, Nor Amira ketika ditemui memohon maaf atas perbuatannya itu dan berjanji tidak mengulanginya.

“Saya mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan berjanji tidak akan ulangi lagi. Bantuan daripada pelbagai pihak untuk mulakan hidup baru saya hargai.

“Selain itu, saya juga ucapkan jutaan terima kasih terutama kepada Abu Bakar yang sudi menjamin kerana saya sudah terfikir untuk dipenjara. Syukur saya masih diberi peluang untuk buka ‘buku’ baru.

Advertisements

“Saya amat hargai keprihatinan rakyat Malaysia,” katanya hari ini.

Abu Bakar pula berkata, pembayaran wang jaminan Nor Amira itu dilakukan sebagai keprihatinan Bersatu Perlis melihat isu yang sedang berlaku di negeri ini dalam situasi pandemik sekarang.

“Kami mendapat arahan daripada kepimpinan Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dibantu Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang meminta kes ini diselesaikan segera.

“Jadi, dalam semangat kekeluargaan ini, kita mahu isu ini diselesaikan segera terutama dalam keadaan pandemik COVID-19 ini.

“Dengan pertolongan ini, kita boleh memberitahu pada rakyat bahawa kerajaan memandang serius berkenaan masalah kecurian dan sebagainya, walaupun kita tahu perbuatan mencuri itu salah dari agama dan undang-undang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan