34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Akhirnya Roziah sah Naib Canselor UiTM baharu

Mesti Baca

CYBERJAYA – Teka-teki berhubung pelantikan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu akhirnya terjawab apabila Prof Dr Roziah Mohd Janor sah memegang jawatan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi Facebooknya selepas menyerahkan surat pelantikan itu kepada Roziah hari ini.

“Hari ini saya telah menyerahkan surat pelantikan kepada Prof. Ts. Dr. Roziah Mohd Janor sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu. Beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Naib Canselor UiTM,” katanya.

Beliau berkata, Roziah, 58, memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Matematik dari The State University of New York @ New Paltz New York, Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama dari West Virginia University, dan seterusnya memperolehi PhD dalam bidang Statistik pada tahun 2003 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Beliau telah menggerakkan 22 inisiatif Globally Reknowned University 2025 seperti penggabungan fakulti menjadi Kolej Pengajian 10 bidang, Education 5.0@UiTM dan Global Learning.

ROZIAH MOHD JANOR

“Beliau turut menganggotai badan profesional Malaysia Board of Technologist (MBOT) dan pernah menerima pelbagai anugerah seperti Staff Excellence Award UiTM pada tahun 2017, 2013, 2009, 2008 dan 2002, Researcher of the Year UiTM 2007, Bronze Medal for GPP Modified Socio Mobility Index: Quantifying Actual Development Impact dari Malaysian Association of Research Scientist dan lain-lain,” kata Noraini.

Nama Roziah sudah disebut-sebut untuk menggantikan Datuk Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim sebelum ini tetapi tertangguh berikutan peletakan jawatan Noraini ekoran penarikan balik sokongannya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini s

Bagaimanapun Ahli Parlimen Parit Sulong itu dilantik semula oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sehingga mencetuskan rasa tidak senang sesetengah pihak.

Noraini berkata, beliau yakin Roziah mampu menggalas tanggungjawab untuk menjadikan UiTM sebagai universiti mega dan memberi peluang yang luas kepada bumiputera memperbaiki tarag hidup melalyi pendidikan tinggi.

Beliau juga, katanya, diyakini turut mampu meneruksn kesinambungan kecemerlangan kepimpinan UiTM sebelum ini.

Mohd Azraai menerajui UiTM selama lebih dua tahun sejak 2019. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan provokatif diturunkan sejak awal tahun

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang...

Lagi Artikel Berkaitan