25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Polis rujuk kes anak pelakon tolak vaksin kepada KKM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Polis akan merujuk kes tiga remaja termasuk dua anak pasangan pelakon yang menolak suntikan vaksin COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis tidak akan membuka sebarang kertas siasatan berhubung laporan polis yang diterima.

“Tiada perkembangan lanjut mengenai laporan polis itu kerana tiada kertas siasatan dibuka, sebaliknya ia dirujuk kepada KKM,” katanya seperti dilapor BH hari ini.

Pada 30 Ogos lalu, tiga remaja terbabit membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin yang mahu dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar sekolah.

Seorang pelajar, Azrell Omar Azri Iskandar, 17, berkata, dia berhak menolak daripada menjadi bahan eksperimen dengan dicucuk vaksin selepas dimaklumkan tiada pihak yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku implikasi akibat pengambilan vaksin.

“Apa yang berlaku terhadap saya selepas menerima vaksin, semuanya atas tanggungan saya sendiri.

“Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin ini yang masih lagi di tahap ujian klinikal.

Advertisements

“Saya tak sanggup mempertaruhkan nyawa saya untuk ujian klinikal ini kerana ada pelbagai kaedah mencegah Covid-19 iaitu melalui cara perubatan homeopati holistik, makanan sunnah yang keluarga saya amalkan bagi mencegah penularan Covid-19,” katanya seperti dilapor media.

Terdahulu Azrell Omar membuat laporan polis bersama adik perempuannya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, dan rakannya Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17, di Balai Polis Taman Melawati.

Selain itu, Azrell Omar serta adiknya ditemani ibu mereka yang juga pelakon, Ellie Suriaty Omar.

Kata pelajar itu, dia ada menerima borang daripada gurunya untuk mendapatkan vaksin dua minggu lalu.

“Dalam borang berkenaan, kami (pelajar) diberitahu bahawa tiada siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku implikasi akibat pengambilan vaksin.

“Setakat ini, mereka tidak memaklumkan ada tindakan lanjut akan dikenakan sekiranya tidak mengambil vaksin,” katanya yang memaklumkan semua ahli keluarganya belum mengambil vaksin sehingga kini.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan