27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Ibu tunggal mengaku bersalah aniaya 3 anak kandung

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang ibu tunggal mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini, atas pertuduhan menganiaya tiga anak kandungnya dengan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mereka.

Memetik laporan Bernama, tertuduh berusia 38 tahun yang tidak diwakili peguam, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Asrul Darus.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Oktober depan untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.

Advertisements

Mengikut pertuduhan, wanita itu sebagai orang mempunyai hak penjagaan ke atas tiga anak perempuannya yang berumur 17, 15 dan 14 tahun, didakwa melakukan perbuatan berkenaan di rumah mereka, di sini, 1 tengah hari 19 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa. –EDISI9

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan