25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kes sembuh catat rekod tertinggi, petanda positif

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia menunjukkan petanda positif kesan peningkatan jumlah vaksinasi apabila hari ini merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu sebanyak 22,657 kes dalam tempoh sebulan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes yang didiscaj daripada hospital juga meningkat hampir sekali ganda iaitu seramai 2,153 orang berbanding 1,567 semalam.

“Ini adalah petanda yang positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, peningkatan kes sembuh tersebut seiring dengan program vaksinasi yang semakin giat dijalankan di seluruh negeri.

Sehingga semalam, katanya, sebanyak 40.8 peratus daripada keseluruhan populasi di Malaysia di mana 56.9 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa telah menerima vaksin.

Noor Hisham berkata, walaupun hari ini negara mencatatkan jumlah kes tertinggi sepanjang pandemik iaitu sebanyak 24,599 kes tetapi kebanyakan kes yang dilaporkan adalah kategori 1 dan 2 semasa didiagnosa, iaitu 23,939 kes atau 97.3 peratus daripada keseluruhan kes.

“Secara keseluruhan, 19,761 kes (80.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelas beliau.

Justeru, beliau menyeru orang ramai agar mendapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius sekali gus mengurangkan jangkitan di dalam negara, terutamanya bagi kes dalam kategori 3 hingga 5.

Semua penduduk Malaysia dinasihatkan untuk segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin dan hadir pada tarikh temujanji seperti yang telah dijadualkan. Di samping itu, kepatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu terus diamalkan walaupun telah menerima dos vaksin lengkap. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan