31.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 4, 2021

Mahathir bimbang Ismail Sabri selamatkan ‘kluster mahkamah’

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan pemimpin UMNO yang kini berdepan dengan kes-kes mahkamah daripada tuduhan.

Menerusi wawancara dengan Insight Talk, Dr Mahathir berkata, kebimbangan beliau kerana kuasa Naib Presiden UMNO itu sebagai Perdana Menteri mengatasi Peguam Negara dalam kerajaan.

Selain itu, para pemimpin UMNO yang digelar ‘kluster mahkamah’ itu lebih kanan kedudukan mereka dalam parti itu.

“Itu tak boleh (selamatkan kluster mahkamah). Jangan sentuh undang-undang. Pentadbiran mengikut undang-undang. Jangan cuba campur tangan dan pengaruhi mahkamah atau peguam negara.

“(Peguam Negara) duduk bawah Perdana Menteri. Dia boleh kata tiada kes. (Jika ada) 46 kes mahkamah, nanti tiba-tiba kata tiada kes,” kata bekas Perdana Menteri.

Dr Mahathir tidak menolak andaian bahawa perkara itu mungkin akan berlaku memandangkan terdapat keputusan yang kini memihak kepada ‘kluster mahkamah’ tersebut.

Beliau memberi contoh keputusan mahkamah memulangkan wang ratusan juta yang dirampas kepada Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes dihadapi Perdana Menteri Keenam itu.

“Macam-macam, orang ada yang curi (ratusan) juta bagi balik. Bagi balik pada pencuri. Jackpot-lah (menang judi besar),” katanya.

Kenyataan tersebut merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang memulangkan RM114 juta yang dirampas daripada Najib selepas menolak pendakwaan melucut hak aset terbabit.

Baca juga:   Tanah runtuh Tambun, dua maut tertimbus

Dr Mahathir juga memberi amaran, walaupun tidak terlibat dengan kegiatan salah laku yang didakwa dilakukan Najib, Ismail Sabri tetap akan memikul bebannya.

Malah sekiranya Perdana Menteri mengikut dasar “cash is king” iaitu memberi wang tunai bagi mendapatkan sokongan, ahli Parlimen Bera itu juga sama seperti Najib.

Baca juga:   Jangan angkuh, usah lupa jasa UMNO terhadap Bersatu

“Dia tidak terlibat dengan kegiatan yang diamalkan oleh Najib, setakat kita tahu tetapi kalau dia ambil orang itu sokong maka dia akan dapat pengajaran yang buruk.”

“Kalau dia kata cash is king. Saya ingat (pimpinan Muhyiddin) tiada perubahan. Ia akan jadi apa berlaku zaman Najib dan Muhyiddin,” katanya.

Ditanya mengenai kepimpinan Ismail, Dr Mahathir berkata Ahli Parlimen Bera itu belum teruji kerana terlalu awal.

“Saya percaya dalam kalangan orang muda ada yang berbakat tapi kita belum tahu kebolehan mereka. Pengalaman mereka kurang kalau berbanding dengan orang yang sudah lama jadi pemimpin,” katanya lagi. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Nyanyian Adik Aqim sentuh hati Ismail Sabri

ALUNAN suara dan dendangan lagu yang disampaikan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang dikenali sebagai Adik Aqim ketika...

Lagi Artikel Berkaitan