31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

PM umum barisan Kabinet pagi esok, angkat sumpah Isnin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan barisan Jemaah Menteri pentadbirannya pada pukul 11 pagi esok.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, majlis angkat sumpah jawatan pula akan dilangsung pada Isnin pukul 2.30 petang.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada Ismail Sabri.

Ismail Sabri mempersembahkan senarai itu ketika menghadap Seri Paduka di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Menurut Istana Negara dalam hantaran di laman Instagram, sesi menghadap itu berlangsung selama satu jam setengah bermula 11 pagi.

Baca juga:   SOP dinamik ikut situasi bukan dibuat sewenang-wenang - PM

Sesi menghadap itu adalah yang kedua bagi Ismail Sabri selaku perdana menteri selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia, 21 Ogos lepas, lapor Bernama.

Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan mengurniakan santapan tengah hari kepada perdana menteri selepas sesi menghadap itu.

Baca juga:   Lembah Klang beralih ke Fasa 2, umum PM

Sementara itu Pejabat Perdana Menteri memaklumkan tiada pengumuman barisan Kabinet diadakan hari ini.

Kenyataan itu bagi menafikan dakwaan beberapa media bahawa Ismail Sabri akan mengumumkan barisan Kabinet setelah mempersembahkannya kepada Seri Paduka Baginda hari ini.

“PM umum senarai Kabinet baharu 11 pagi esok, angkat sumpah Isnin ini – Pejabat Perdana Menteri,” lapor Bernama.

Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kesembilan Sabtu lalu setelah menerima 114 sokongan Ahli Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Malaysia-Singapura bincang kerjasama dua hala

HUBUNGAN dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Lagi Artikel Berkaitan