32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kilang tutup, Malaysia mungkin kekurangan 21 juta telur ayam

Mesti Baca

AYER KEROH – Penutupan sebuah kilang pengeluaran telur di Durian Tunggal mulai semalam hingga 6 Ogos ini dijangka menyebabkan kekurangan bekalan 21 juta telur ayam di seluruh negara dalam tempoh dua minggu.

Memetik laporan Melaka Hari Ini, pengerus kilang LTK (Melaka) Sdn Bhd, Loo Eng Seng memberitahu, pengiraan kasar itu dibuat berdasarkan keupayaan kilang berkenaan mengeluarkan 1.5 juta telur ayam sehari.

Menurut beliau, telur yang dikeluarkan kilangnya dihantar kepada pembekal di seluruh negara dan turut dieksport ke Singapura.

“Sekarang ini, arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kita kena tutup operasi dan kilang tidak boleh jual telur-telur ini di pasaran.

“Sehari kita mengeluarkan 1.5 juta telur, jadi bayangkanlah kalau ditutup (dua minggu)?. Ini akan merugikan syarikat kerana telur akan busuk dan tidak boleh dijual,” katanya di sini. hari ini.

Terdahulu, MHI hari ini melaporkan sebuah kilang pengeluaran telur di Durian Tunggal ditutup sementara selama dua minggu susulan 20 pekerja kilang berkenaan dikesan positif COVID-19.

Advertisements

Exco Kesihatan Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, arahan penutupan itu bagi membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengenal pasti punca jangkitan dan mengesan kontak rapat pekerja yang positif.

Tambah Eng Seng, selain mengalami kerugiaan, pihaknya juga bimbang berlaku kekurangan bekalan telur di pasaran.

Sekiranya senario itu berlaku, beliau berkata, harga telur mungkin akan naik secara mendadak.

“Mungkin harga telur boleh naik antara 10 hingga 20 peratus namun itu juga bergantung kepada permintaan. Kalau bekalan kurang tapi permintaan kurang mungkin harga tidak naik.

“Tapi kalau permintaan juga tinggi, harga telur tidak mustahil akan naik mendadak,” jelasnya.

Eng Seng berkata, ibu pejabat syarikatnya sedang mengemukakan rayuan kepada KKM agar mereka dibenarkan menjual telur berkenaan untuk mengimbangi harga bekalan makanan asas itu di pasaran.

Advertisements

Terkini

CTOS sumbang RM30,000 biayai pelajar kurang bernasib baik

CTOS Digital Berhad telah menyumbang sebanyak RM30,000 untuk dana biasiswa bagi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, Ampang, Selangor...

Lagi Artikel Berkaitan