29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 20, 2021

Seorang lagi DO disyaki terima rasuah kontraktor ditahan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu iaitu seorang pegawai daerah (DO) dan seorang juruukur bahan ditahan hari ini, susulan penahanan tiga individu termasuk dua bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran di Selangor dan seorang kontraktor semalam disyaki menerima rasuah daripada kontraktor.

Kedua-dua individu tersebut direman selama lima hari bermula hari ini selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim, membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua individu terlibat telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 9 dan 10 malam tadi, ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, individu terbabit dipercayai bersekongkol bersama syarikat kontraktor yang merupakan sindiket kartel projek, bagi membolot projek-projek bernilai puluhan juta ringgit di sekurang-kurangnya empat daerah di Selangor sejak 2012.

Baca juga:   Projek Taman Solar Sultan Ibrahim terpaksa ditangguh

“Dalam tempoh empat tahun di sebuah daerah sahaja, kontraktor terlibat boleh memperoleh pelbagai projek bernilai anggaran RM20 juta. Difahamkan terdapat kira-kira 70 syarikat yang digunakan untuk membolot projek-projek tersebut, termasuk kira-kira 16 syarikat milik keluarga mereka dan selebihnya merupakan kroni atau proksi,” kata sumber SPRM itu kepada BERNAMA.

Sumber itu turut berkata, kontraktor ni akan menjaga dan berdampingan dengan pegawai-pegawai terlibat seperti menaja bermain golf, percutian ke luar negara dengan membiayai perbelanjaan sekeluarga.

Baca juga:   Projek Taman Solar Sultan Ibrahim terpaksa ditangguh

Katanya, DO yang direman hari ini dipercayai telah menerima suapan bernilai anggaran kira-kira RM125,000 dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, pengubahsuaian rumah, deposit kereta dan bayaran perubatan.

“Suapan itu adalah sebagai balasan untuk membantu syarikat-syarikat milik kontraktor mendapatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, penyelenggaraan dan lain-lain kerja secara sebut harga dan tender di kawasan sekitar Selangor. Keseluruhan nilai projek-projek tersebut berjumlah kira-kira RM3 juta,” katanya.

Sumber SPRM itu juga berkata, juruukur bahan itu pula dipercayai telah memperoleh suapan sebanyak satu peratus daripada nilai projek, selain wang tunai berjumlah anggaran RM90,000 dan sebuah basikal bernilai RM3,000.

Katanya individu tersebut dipercayai telah membocorkan maklumat-maklumat berkaitan tender kepada kontraktor, bagi kerja-kerja pembersihan kawasan dan penyelenggaraan di sebuah daerah lain pula di Selangor.

Baca juga:   China beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia hingga 2023

Terkini

Mengisi semangat patriotisme selepas 16 September

Oleh MOHD ZAINI OTHMAN MERIAH di corong radio memainkan lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarhan Sudirman Hj Arshad serta lagu-lagu...

Lagi Artikel Berkaitan