27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

12,541 kes baharu, majoriti dalam kategori 1 dan 2

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes harian baharu COVID-19 hari ini, merekodkan sedikit berkurangan berbanding semalam, namun masih melepasi angka 10,000 dengan 12,541 kes baharu telah dilaporkan.

Namun daripada jumlah tersebut, hanya 0.4 peratus atau 54 orang sahaja yang berada tahap kritikal dan menggunakan ventilator atau kategori 5; 49 orang (0.4 peratus) lagi pada kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen serta 86 orang (0.7 peratus) mengalami radang paru-paru atau kategori 3.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selebihnya adalah mereka yang tidak bergejala (kategori 1) iaitu sebanyak 51.9 peratus atau 6,504 orang serta yang mengalami gejala ringain (kategori 2) sebanyak 46.6 peratus (5,848 orang)

Semalam, sejumlah 13,215 kes baharu COVID-19 dilaporkan, sekaligus merupakan rekod tertinggi setakat ini.

Secara keseluruhannya dengan pertambahan kes harian baharu tersebut, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan di negara sejak pandemik melanda adalah sebanyak 893,323 kes.

Berdasarkan negeri pula, Dr Noor Hisham berkata, Selangor turut menunjukkan sedikit penuruan tetapi kekal tertinggi dengan 5,512 kes berbanding 6,120 kes semalam.

“Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masing-masing masih mencatatkan jumlah angka melepasi 1,000 iaitu Negeri Sembilan sebanyak 1,619 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 1,542 kes.

“Seterusnya, Johor (609 kes), Melaka (575 kes), Kedah (458 kes), Sarawak (423 kes), Pahang (382 kes), Pulau Pinang (376 kes), Sabah (326 kes), Perak (299 kes), Kelantan (225 kes) dan Terengganu (102 kes). 

“Putrajaya pula (62 kes), Labuan (24 kes) dan Perlis melaporkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh kes dicatatkan, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, antara penyumbang kes harian semalam adalah daripada 37 kluster baharu.

Beliau berkata, kluster baharu dilaporkan semalam terdiri daripada 19 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, empat kluster pusat tahanan serta masing-masing tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan lain.

Advertisements

“Kluster tersebut ialah Kluster Satu Lagenda (39 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Lagong (37 kes), Kluster Jalan Mayang Pasir (33 kes), Kluster Industri Alam Jaya Tiga (31 kes), Kluster Lorong Baiduri Satu (27 kes), Kluster Industri Lot Satu (26 kes) dan Kluster Lorong Gemia (24 kes).

“Selain itu, Kluster Jalan Mahkota Kuantan (21 kes), Kluster Jalan Setiawangsa 11 (20 kes), Kluster Persiaran Cassia Selatan Satu (17 kes), Kluster Lorong IKS Juru Tiga (16 kes), Kluster Wakaf Che Yeh (16 kes), Kluster Industri Jalan Rukun Dua (14 kes) dan Kluster Setapa (13 kes),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, seterusnya Kluster Jalan Gunung 32 (12 kes), Kluster Jalan Chengal Temerloh (12 kes), Kluster Seksyen 11 Jalan Maju (10 kes), Kluster Jalan Lok Heng (10 kes), Kluster Persiaran SIBC Satu (lapan kes), Kluster Jalan Bangsar (131 kes), Kluster Tok Jiring (33 kes), Kluster Lempaong (31 kes) dan Kluster Kampung Alor Hijau (25 kes).

“Kluster lain ialah Kluster Bukit Tinggi (21 kes), Kluster Kampung Kukup (18 kes), Kluster Terusan Utama (16 kes), Kluster Bakti 2 (402 kes), Kluster Kolam Air 2 (94 kes), Kluster Tembok Choh 3 (79 kes), Kluster Tembok Tawakal Kluang (49 kes) dan Kluster Batu Tujuh Jalan Kebun (55 kes).

“Lain-lain, Kluster Pekan Ranau (15 kes), Kluster Mahkota Batu 19 (enam kes), Kluster Jalan Pulai Indah 27 (14 kes), Kluster Jalan Cengal Selatan (13 kes) dan Kluster Putra Bertam (11 kes),”katanya.

Menurut beliau, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 juga terus meningkat kepada 114,053 kes termasuk 896 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 459 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jelasnya, terdapat 115 kes kematian COVID -19 dilaporkan semalam.

“Ia termasuk 11 warga asing serta melibatkan 69 lelaki dan 46 wanita manakala, terdapat 24 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID),” katanya.

Tambah beliau, kadar kebolehjangkitan pada kelmarin mendapati, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.20 dengan Putrajaya merekodkan nilai RT tertinggi 1.32.

“Negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Terengganu (nilai RT 1.27), Kedah (nilai RT 1.23), Selangor (nilai RT 1.20), Pulau Pinang (nilai RT 1.20), Negeri Sembilan (nilai RT 1.17) dan Kuala Lumpur (nilai RT 1.15).

“Lain-lain, Melaka (nilai RT 1.14), Pahang (nilai RT 1.12),Johor (nilai RT 1.10), Kelantan (nilai RT 1.10), Perak (nilai RT 1.10) dan Sabah (nilai RT 1.09),” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan