25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PKPD di 34 mukim di Selangor tidak dilanjutkan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk tidak melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kesemua 34 mukim di Selangor berkuatkuasa hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim berkenaan.

Bagaimanapun  kata beliau beberapa lokasi di negeri itu dikenakan PKPD bermula 18 Julai hingga 31 Julai.

“Kawasan terlibat ialah Damai Apartment, PJS 8 , Mukim Damansara, Jalan Pandan Indah di  Mukim Ampang, Hulu Langat, Jalan Batu Nilai, di Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang dan Taman Samudera di Mukim Batu, Gombak,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata, PKPD turut dikenakan 13 lokaliti di Kuantan berkuatkuasa pada tarikh yang sama iaitu Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Derhaka, Kempadang, Sungai Soi, Kampung Pahang dan Taman Seri Inderapura.

“Kawasan lain ialah Tamana Indera Sempurna, Taman Tas dan Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum dan Taman Impianku,” katanya yang turut memaklumkan Taman Cengal, di Temerloh turut terlibat dalam PKPD.

Sementara itu kata Timbalan Perdana Menteri, tiga lokaliti di Sabah turut dikenaan PKPD iaitu Ladang Kelapa Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu, Kampung Pinolobuh Bukit, Kota Belud dan PPR Taman Ehsan, Kudat.

‘’Tiga lokaliti di Kuching turut dikenakan PKPD iaitu, Kampung Seratau, Kampung Astana Lot dan Kampung Sungai Bedil Besar,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan