27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 5, 2022

Jangan rentas daerah, negeri untuk sambut Aidiladha – TPM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai tidak melakukan rentas daerah dan negeri untuk menyambut Aidiladha minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pertambahan kes dan kluster akibat rentas negeri ketika menyambut Aidilfitri pada Mei lepas perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak.

“Rentas daerah dan negeri dalam Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) masih belum dibenarkan, dan kebanyakan negeri masih berada dalam Fasa Dua.

“Saya harap masyarakat ambil iktibar daripada kejadian Aidilfitiri… meskipun rentas negeri tidak dibenarkan masih ada yang ingkar sehingga kes memuncak naik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai mesej tular rentas daerah dan negeri dibenarkan sempena Aidiladha selepas melawat pusat pemberian vaksin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, lapor Bernama.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri. 

Baca juga:   Dafi pun tak terkecuali kalau langgar SOP - Ismail Sabri

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan lorong-lorong tikus untuk cuba pulang ke kampung.

“Kita boleh lepas daripada polis tapi mungkin tidak lepas daripada jangkitan COVID-19. Justeru, kita jaga kita, buat kawalan kendiri, tolong jangan rentas negeri dan daerah. Jika dah capai imuniti kelompok, mungkin kita dah boleh rentas negeri selepas itu, jadi sabar,” katanya.

Baca juga:   Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik ahli BoG IACA

Terkini

Kesan 3 hilang termasuk ibu mengandung sulung di Baling

TIGA sekeluarga termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir...

Lagi Artikel Berkaitan