25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MPN akan muktamadkan kelonggaran rakyat terima dua dos

Mesti Baca

MPN menggantikan Jawatankuasa Khas Pelan Pemulihan Negara (PPN)

CYBERJAYA – Memperkenalkan beberapa kelonggaran kepada rakyat yang telah mendapat dua dos vaksin merupakan antara tiga perkara yang akan dimuktamadkan oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN) dalam masa terdekat.

Ketika memaklumkan perkara itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dua lagi perkara yang diputuskan dalam mesyuarat hari ini menambah baik SOP berdasarkan maklum balas antara lainnya, dari subject matter experts, selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan kejelasan SOP dan tahap kepatuhan.

“Manakala satu lagi perkara ialah mempertimbangkan kelonggaran bagi syarikat-syarikat yang telah memberi vaksinasi penuh kepada pekerjanya untuk beroperasi sepenuhnya,’’ katanya dalam kenyataan.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Penyelaras PPN turut memaklumkan Majlis Pemulihan Negara itu menggantikan Jawatankuasa Khas PPN dan akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ia bagi memastikan pelaksanaan PPN berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19 secara holistil,” katanya.

Beliau berkata, MPN akan melantik wakil dari sektor swasta, pakar industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman dan nasihat di dalam pelbagai aspek bagi membolehkan Malaysia keluar daripada pandemik Covid-19 secara sistematik dan selamat.

Advertisements

“MPN juga akan membuat pertimbangan dan mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan peralihan dari satu fasa ke fasa berikutnya dapat dicapai secepat mungkin berdasarkan pencapaian nilai-nilai ambang utama yang telah ditetapkan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, melangkah ke hadapan, kerajaan akan mengukuhkan strategi bagi mengawal wabak Covid-19 secara holistik dengan memberi fokus kepada faktor-faktor seperti kadar aktiviti/pergerakan; kadar dan tempoh kebolehjangkitan; populasi berisiko dan pengukuhan kapasiti sistem kesihatan awam.

Beberapa hari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menilai semula kelonggaran SOP kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Beliau berkata, ini termasuk dari segi pergerakan rakyat dan beberapa aktiviti sosial lain.

Jelasnya, penilaian itu sebagai petanda bahawa kehidupan rakyat secara beransur kembali normal sementara kerajaan menguruskan pandemik Covid-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan