26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PKPD: 6 lokaliti di Kuala Lumpur ditamatkan esok

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 11 lagi lokaliti di Kuala Lumpur, Pahang dan Sabah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diumumkan ditamat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini termasuk enam lokaliti di Kuala Lumpur yang akan ditamatkan pada 11 Julai, lebih awal daripada yang dijadualkan.

Lokaliti tersebut membabitkan Flat Seksyen 1 dan Seksyen 2, Kampung Puah dan Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri dan Delima) di Titiwangsa, Kampung Batu Muda dan Taman Koperasi Polis (Fasa 1).

Beliau menjelaskan, bagi Taman Koperasi Polis Fasa 2, PKPD dan saringan masih diteruskan.

Advertisements

Ismail Sabri berkata selain itu satu lokaliti di Pahang juga ditamatkan pada 11 Julai seperti dijadualkan melibatkan sekitar bandar Jerantut.

Manakala lokaliti yang ditamatkan PKPD di Sabah melibatkan Kampung Tuunon di Penampang, Kampung Tawadakan dan Kampung Kota Bungan di Kota Belud serta Kampung Perpaduan Ria di Kudat.

Keempat-empat lokaliti di Sabah ini ditamatkan PKPD juga pada 11 Julai seperti dijadualkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan