25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Terima kasih Abah, tahniah Paklong Mail!

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Saudara Pengarang,

Alhamdulillah, keadaan pandemik COVID-19 di negara kini sudah semakin baik setelah berhadapan dengan ‘keganasan’ selama berbulan-bulan, mengorbankan ribu nyawa dan menular jutaan penduduk.

Tidak mudah untuk berdepan dengan pandemik ini walaupun pada awal penularannya tahun lalu, kita disanjung satu dunia kerana berjaya mengawalnya.

Namun, sejak akhir 2020 atau tepatnya sejurus selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang kemudian terus meningkat dengan kemuncaknya pada Ogos lalu.

Pun begitu tindakan kerajaan yang pantas mendapatkan bekalan vaksin sejak Februarai dan mula melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula April dianggap jalan keluar mengharungi fasa sukar ini.

Walaupun pada Julai dan Ogos lalu menjadi kemuncak ‘kemarahan’ rakyat ekoran langkah kerajaan yang terus membenarkan sektor pembuatan dan perkilangan terus beroperasi ketika sekolah dan universiti ditutup dan rakyat diminta ‘mengurung diri’.

Kemuncaknya apabila ada kalangan orang politik menyimbah minyak ke dalam api dengan melabelkan kerajaan gagal yang akhirnya membawa pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu.

Padahal sejak Jun lagi, Muhyiddin yang disapa mesra sebagai Abah telah melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan jangkaan Malaysia bakal keluar dari krisis kesihatan menjelang akhir tahun ini.

Dengan langkah segera Abah dan barisan Kabinet yang mempertingkatkan usaha pemberian vaksin dalam kalangan melalui pelbagai bentuk dari pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega sehinggalah ‘outreach’ kepada penduduk jauh di pedalaman.

Walaupun Muhyiddin sudah berundur, namun langkah penggantinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini menjadi menteri kanan yang terlibat secara langsung dalam pengendalian pandemik COVID-19 meneruskan pelan yang dirancang adalah tepat.

Dan hari ini nikmatnya sudah mula dikecapi oleh seluruh rakyat di negara ini. Mulai Isnin ini, tiada lagi negeri yang berada dalam Fasa 1 dan Fasa 2 PPN.

Bahkan lebih manis dan membuktikan kejayaan PICK apabila Lembah Klang yang sebelum ini menjadi ‘lubuk penularan COVID-19’ sudah beralih ke Fasa 4, iaitu fasa terakhir PPN.

Ini semua adalah hasil perancangan rapi kerajaan ketika Muhyiddin yang kemudian diteruskan di bawah Ismail Sabri yang hari ini membuktikan bahawa langkah yang diambil kerajaan sebelum ini adalah tepat.

Malah turut membanggakan apabila kejayaan itu dikecapi jauh lebih awal daripada yang dijangkakan.

Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna bagi seluruh rakyat melainkan dapat hidup dalam norma baharu dengan lebih bebas.

Bebas untuk bekerja, ke sekolah dan universiti dan yang penting bagi rakyat adalah dapat melancong dan pulang ke kampung setelah berbulan-bulan ‘terperap’ di rumah.

Sesungguhnya kejayaan hari ini bukan kerana berlaku peralihan pucuk pimpinan negara tetapi kerana perancangan tepat kerajaan sejak awal yang diteruskan sehingga hari ini dan kerjasama semua pihak termasuk rakyat jelata.

Penulis tidak boleh membayangkan jika orang lain yang menerajui negara selepas Muhyiddin, bukannya Ismail Sabri.

Terima kasih Abah, tahniah Paklong Mail!

MAK CIK KIAH
Ampang, Selangor

Terkini

Kolam selam tempur siap Jun, kalau tidak JKR jawab – MB

KOLAM selam tempur di Kem Iskandar, Mersing dijangka siap pada Jun ini, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz...

Lagi Artikel Berkaitan