25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lesen PPS boleh digantung jika langgar piawaian kualiti vaksinasi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGAMAL perubatan swasta (PPS) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan bakal berdepan tindakan penggantungan lesen operasi sekiranya mereka gagal mematuhi piawaian kualiti pemberian vaksin.

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) berkata, pihaknya mempunyai mekanisme tertentu, termasuk melakukan audit rawak terhadap PPS berdaftar mengikut Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan kemudahan kesihatan yang berlesen dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, pendekatan itu dibuat bagi memastikan syarat penerimaan PPS dan NGO kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sahih serta termaktub mengikut akta berkaitan.

“PPS dan NGO kesihatan juga diwajibkan menghadiri latihan sebelum dibenarkan memberi vaksinasi serta menerima garis panduan yang terkini secara berkala daripada ProtectHealth, KKM.

“Sebarang ketidakpatuhan berkaitan kualiti, ProtectHealth akan mengambil tindakan yang perlu dan mungkin menggantung PPS serta NGO kesihatan daripada menjalankan vaksinasi dalam PICK,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut ProtectHealth lagi, pasukan audit perubatannya juga menjalankan siasatan sekiranya menerima sebarang aduan atau terdapat anomali data yang dipantau oleh ProtectHealth.

“Selain itu, vaksin hanya diberikan melalui mekanisme terkawal oleh Pusat Simpanan Vaksin (PSV) kepada PPS dan NGO kesihatan mengikut kiraan janji temu yang dikeluarkan oleh MySejahtera.

“ProtectHealth tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat PPS dan NGO Kesihatan di bawah kami yang didapati mempunyai sebarang salah laku yang berkaitan dengan aktiviti seumpama ini,” katanya.

Malah menurutnya, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya didapati PPS dan NGO Kesihatannya yang terlibat dengan isu tersebut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan