24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tiada kematian sebenar akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TERDAPAT 89 kes kematian sekali gus kekal bawah 100 dengan tiada kes kematian sebenar direkodkan sepanjang tempoh 24 jam semalam, berdasarkan data pada laman web Covidnow, setakat semalam.

Angka kematian Covid-19 terkini di seluruh kini mencecah 27,770 kes manakala, sebanyak 19 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dicatatkan.

Dalam data yang sama, turut melaporkan pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus menurun di bawah 100,000 dengan 97,505 kes dilaporkan.

Jumlah tersebut menjadikan kes kumulatif BID di seluruh negara sebanyak 5,607 kes.

Advertisements

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (15), Kelantan (14), Perak (13), Pulau Pinang (9), Pahang (8), Selangor (7), Johor (6), Sabah (5), Kuala Lumpur (4), Kedah (3), Perlis (3) dan Negeri Sembilan (2) serta tiada kematian dilaporkan di Melaka, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Ia melibatkan 75,068 kes dikuarantin di rumah, 14,537 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,197 kes di hospital, 337 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 366 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, daripada 7,420 kes harian dilaporkan semalam, pecahan mengikut negeri ialah Selangor (1,143 kes), Sarawak (1,009 kes), Kelantan (838 kes), Johor (787 kes), Sabah (720 kes), Pulau Pinang (539 kes), Kedah (428 kes), Terengganu (426 kes), Pahang (356 kes) dan Perak (301 kes).

Negeri-negeri lain pula Melaka (289 kes), Kuala Lumpur (265 kes), Negeri Sembilan (199 kes), Perlis (54 kes), Putrajaya (39 kes) dan Labuan (enam kes).-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan