28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Polis pantau lebuh raya dengan Op Lancar, Op Had Laju

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menggerakkan kekuatan seramai 450 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi membuat pemantauan di lebuh raya melalui Op Lancar.

Langkah itu dibuat bagi memastikan kelancaran trafik susulan peningkatan kenderaan yang dijangka pulang ke kampung bermula esok.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, pihaknya telah melancarkan Op Lancar bermula Isnin lalu (11 Oktober) bagi mengawal aliran trafik yang dijangka sesak di lebuh raya.

Katanya, malah, rondaan pemantauan akan ditingkatkan dengan penglibatan pegawai dan anggota JSPT.

“JSPT sentiasa akan menjalankan OP Had Laju di lokasi-lokasi strategik yang dikenal pasti berlakunya pelanggaran peraturan lalu lintas.

“Ini termasuk kesalahan memandu melebihi had yang dibenarkan,” katanya di sini semalam, lapor Utusan Online.

Dalam pada itu, menurut Mat Kassim, pemantauan dekat sentiasa dijalankan di lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan sama ada di lebuh raya dan jalan-jalan utama di seluruh negara.

Ujarnya, pihaknya akan membuat rondaan secara kerap dan Omnipresence petugas trafik agar masyarakat sedar akan kehadiran polis trafik di kawasan mereka.

“Pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan undang-undang jalan raya.

“Memandu secara berhemah terutamanya di lebuh-lebuh raya yang dijangka sesak akibat kebenaran rentas negeri yang diberikan,” ujar beliau.

Ahad lalu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula Isnin, 11 Oktober 2021. – Edisi 9

Terkini

Zahid umum bantuan khas Aidilfitri kepada peneroka Felda

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan