24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tiga lelaki ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA lelaki ditahan polis memandu di bawah pengaruh alkohol semasa melalui Sekatan Jalan Raya Trafik (Op Mabuk) di Jalan Bunga Mawar 4 Taman Muda, Ampang, Selangor.

Dalam perkongsian di Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) PDRM, tangkapan berkenaan adalah hasil dari penugasan Op Mabuk oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (BSPT) Ampang Jaya yang dijalankan malam tadi dan berakhir awal pagi ini.

Menurutnya, tangkapan dan kenderaan di bawa balik ke Balai Polis BSPT Ampang Jaya untuk ujian EBA II (Evidential Breath Analyzer II).

“Masing- masing menunjukkan keputusan tahap kandungan alkohol dalam darah yang melebihi had yang ditetapkan iaitu hanya 50mg/100ml yang dibenarkan.

“Sekiranya disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM30,000,” katanya hari ini.

Advertisements

Menurut kenyataan berkenaan juga seseorang yang disabitkan di bawah Seksyen tersebut hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.

“Orang awam adalah diingatkan supaya tidak memandu atau menunggang semasa di bawah pengaruh alkohol kerana perbuatan mereka hanya akan membahayakan nyawa sendiri dan juga pengguna jalanraya yang lain.

“Tambahan pula hukuman baru (Pindaan) memperuntukkan hukuman wajib dipenjara bagi mereka yang disabitkan dengan kesalahan tersebut,” katanya.

Sementara itu, dalam penugasan yang sama
sebanyak 38 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di lokasi berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan