26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Bakke Pengerusi baharu PETRONAS, Ahmad Nizam ke PHB

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan baharu Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) yang akan diisi mantan Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Ahmad Nizam Salleh.

Manakala, tempat beliau akan diambil alih oleh tokoh korporat terkenal, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan kedua-dua lantikan berkenaan berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepimpinan dan sumbangan Ahmad Nizam selama tiga tahun sebagai Pengerusi PETRONAS.

“Berdasarkan pengalaman beliau selama 37 tahun berkhidmat di PETRONAS dalam pelbagai jawatan, beliau telah berjaya mengemudi syarikat berkenaan mengharungi cabaran terbesar yang dihadapi negara dan dunia, termasuklah ketidaktentuan harga minyak dunia dan krisis pandemik COVID-19.

“PETRONAS masih kekal mempunyai penilaian kredit antarabangsa yang baik dan merupakan syarikat unggul negara yang tersenarai dalam Fortune Global 500.

Advertisements

“Ahmad Nizam akan kekal sebagai Pengerusi Kumpulan syarikat KLCC. Pengalaman beliau di PETRONAS dan dalam pengurusan hartanah utama di KLCC akan membawa nafas baharu kepada hala tuju dan pengurusan PHB dalam meningkatkan pemilikan Bumiputera terhadap hartanah komersial negara.

Sementara itu, Mohd Bakke merupakan ahli korporat yang berpengalaman luas dan telah berkhidmat dalam pelbagai bidang ekonomi dan kewangan.

“Diharapkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh beliau serta sokongan padu daripada Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan sedia ada, akan dapat membawa PETRONAS melalui tempoh mencabar sekarang ke tahap yang lebih cemerlang,” katanya.

Jelas kenyataan itu, kerajaan sedang meneruskan program untuk mentransformasi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan supaya terus kukuh dan bersedia menghadapi fasa pemulihan pasca COVID-19 dalam norma baharu.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan