29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Selepas 3 hari, kes baharu turun bawah 9,000

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Setelah tiga hari berturut-turut jumlah kes baharu COVID-19 mencatatkan angka melebihi 9,000, situasi hari ini adalah lebih baik di mana sebanyak 8,574 jangkitan baharu direkodkan di seluruh negara.

Maklumat terkini itu dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Sebanyak 9,105 kes baharu dicatatkan semalam berbanding 9,353 kes kelmarin dan 9,180 kes pada 9 Julai lalu.

Malah, jumlah kes jangkitan baharu kelmarin merupakan yang tertinggi sejak pandemik COVID-19 melanda negara awal tahun lalu.

Secara keseluruhan, sebanyak 844,870 kes jangkitan positifr COVID-19 dilaporkan di Malaysia setakat ini.

Selangor mencatatkan peningkatan kes baharu yang tertinggi hari ini iaitu 4,308 kes diikuti Negeri Sembilan (794 kes), Kuala Lumpur (609 kes), Kedah (415 kes), Melaka (411 kes), Johor (407 kes), Pahang (314 kes), Sabah (298 kes), Sarawak (235 kes), Pulau Pinang (231 kes) dan Perak (168 kes).

Terengganu pula merekodkan sebanyak 140 kes diikuti Kelantan (133 kes), Labuan (66 kes), Putrajaya (45 kes) dan tiada kes baharu dilaporkan di Perlis.

Dari segi jumlah keseluruhan, Selangor mencatatkan sebanyak 290,660 kes diikuti Kuala Lumpur (89,567 kes), Johor (75,235 kes), Sabah (72,611 kes), Sarawak (69,104 kes), Negeri Sembilan (53,186 kes), Pulau Pinang (36,850 kes) dan Kelantan (36,274 kes).

Advertisements

Perak merekodkan jumlah keseluruhan 29,278 kes diikuti Kedah (28,999 kes), Melaka (22,286 kes), Pahang (16,462 kes),Terengganu (11,899 kes), Labuan (9,207 kes), Putrajaya (2,644 kes) dan Perlis (608 kes).

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan media hari ini memaklumkan, seramai 102 pesakit COVID-19 meninggal dunia di seluruh negara, hari ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 46 kes di Selangor, 16 kes di Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, tujuh kes di Pahang, enam kes di Johor, masing-masing tiga kes di Kedah dan Melaka, masing-masing dua kes di Sabah dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Kelantan, Perak, dan Sarawak,” jelasnya.

Beliau berkata, seramai 5,041 pesakit COVID-19 sembuh hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 747,338 kes.

Sebanyak 81,272 kes masih aktif di mana seramai 964 pesakit memerlukan rawatan di unit rawatan rapi dan 452 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, sebanyak 16 kluster baharu dikesan hari ini yang terdiri daripada lapan kluster komuniti, lima kluster tempat kerja dan tiga kluster kumpulan berisiko tinggi.

Secara keseluruhan, sebanyak 3,093 kluster dikesan sejak COVID-19 melanda negara di mana 2,228 kluster telah tamat manakala 865 kluster lagi masih aktif. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan