27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Helikopter Fennec TLDM mendarat cemas, terlibat kemalangan

Mesti Baca

LUMUT – Sebuah helikopter jenis AS 555 SN Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan pendaratan cemas setelah terlibat dalam kemalangan pagi tadi.

Memetik laporan Kosmo! Online, helikopter terbabit melakukan pendaratan cemas di Pangkalan TLDM Lumut.

Difahamkan, TLDM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kemalangan tersebut dalam masa terdekat.

Kemalangan itu merupakan insiden pertama melibatkan pesawat udara TLDM sejak Skuadron Udaranya, KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut ditubuhkan lebih 30 tahun lalu.

TLDM memilik enam helikopter jenis AS 555 SN Fennec dan enam helikopter tempur Super Lynx.

Advertisements

Semuanya dikatakan mempunyai rekod penerbangan yang cemerlang.

Sementara itu, TLDM dalam kenyataan media memberitahu, helikopter Fennec berkenaan melakukan penerbangan operasi sebelum membuat pendaratan kecemasan di Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 12 tengah hari tadi.

“Kesemua kru berjaya diselamatkan dan sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.

“Insiden juga tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal,” jelas TLDM.

TLDM juga akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan