27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PICK faktor pemangkin kejayaan Pelan Pemulihan Negara

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) optimis ekonomi Malaysia mampu pulih tahun ini seiring pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, faktor pemangkin kepada kejayaan pelan itu adalah menerusi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Pemulihan ekonomi adalah tertakluk kepada sama ada kita boleh mencapai Fasa Ketiga dan Fasa Keempat pelan tersebut secepat mungkin.

“Faktor kejayaan yang paling penting adalah dari segi kadar vaksinasi yang mana kalau kita boleh capai kadar vaksinasi yang tinggi secepat mungkin, maka Fasa Ketiga dan Fasa Keempat akan datang lebih cepat.

“Maka, pemulihan ekonomi boleh bermula di Malaysia terutama melibatkan sektor-sektor yang telah dilanda teruk oleh COVID-19 seperti pelancongan dan penerbangan di mana ini adalah sektor-sektor terakhir yang akan dibuka, iaitu semasa fasa empat,” katanya kepada Astro AWANI .

Advertisements

Beliau berkata, menerusi Pelan Pemulihan Negara itu, ia juga bakal memberi keyakinan kepada para usahawan dan pelabur terhadap Malaysia terutama ketika mereka melakukan perancangan pengembangan perniagaan.

“Bagi Khazanah, ia merupakan satu penjelasan sekali gus memberi peluang kepada kita bersama syarikat-syarikat yang kita labur untuk merancang bagaimana kita boleh menuju ke hadapan pada masa akan datang.

“Apa yang paling mustahak adalah supaya industri yang paling teruk dilanda oleh COVID-19 seperti penerbangan dan pelancongan dapat dipulihkan.

“Ini adalah industri-industri yang memerlukan strategi-strategi yang lebih mantap dan konkrit supaya kita boleh memperjelaskan lagi bagaimana kita boleh sampai ke fasa keempat,” katanya.

Justeru, beliau yakin sekiranya pelan itu berjalan lancar, ia akan memastikan proses pemulihan ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan