31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Alumni 4B Malaysia kutuk serangan rejim Zionis

Mesti Baca

CYBERJAYA – Alumni 4B Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tentera rejim Israel yang bertindak ganas, zalim dan melakukan kekejaman yang keterlaluan serta di luar norma kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Presidennya, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad Al-Husaini berkata, pihaknya juga kecewa dan kesal dengan serangan udara dan pencerobohan berterusan tentera Israel terhadap rakyat Palestin ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah di Masjid Al-Aqsa.

Menurut beliau, perbuatan keji dan biadab ini telah mencemar kehormatan agama Islam serta amat mengguris hati dan perasaan umat Islam di seluruh dunia.

“Alumni 4B Malaysia memohon kerajaan Malaysia segera membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin serta mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar bertindak tegas terhadap Israel bagi menghentikan kezaliman terhadap rakyat Palestin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Syed Azmi Ahmad berkata, sebagai tanda sokongan padu dan solidariti Alumni 4B Malaysia terhadap rakyat Palestin, pertubuhan itu akan melancarkan Tabung Dana Solidariti Al-Aqsa.

Sehubungan itu, beliau merayu seluruh ahli Alumni 4B Malaysia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk menyumbang kepada tabung tersebut.

“Semua sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (ALUMNI), No Akaun 86-0006389-3 (CIMB Bank).

“InsyaAllah sumbangan kita akan menjadi pembakar semangat buat rakyat Palestin dan saham akhirat untuk kita,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan